Biasanya bila terbaca ayat-ayat yang canitk dalam Al-Quran, selalu teringin untuk kongsi dengan orang lain. Dan harini lepas maghrib, terbaca topik yang sangat menarik dan alhamdulillah Allah bukakan hati untuk rajin ke laptop dan menaip apa yang dibaca. Dengan redhaNya, semoga ia menjadi peringatan pada saya dan kita semua. In Sha Allah.
Keterangan daripada surah Al-Furqaan ayat 63-74.
Tafsir untuk setiap ayat mungkin boleh baca di tafsir masing2, namun di sini saya kongsikan keterangan ayat yang diolah oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus. Ini adalah disalin bulat2 sebab bimbang kalau terubah mana2 maksud (Rujukan: Tafsir Mahmud Yunus, Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani , ms 533 & 534).
Hamba Allah SWT yang benar-benar saleh ialah:
- Orang yang berjalan di muka bumi dan tidak menyombongkan diri (takbur).
- Jika dia bertengkar dengan orang-orang yang bodoh, dia mengucapkan: Selamat dan dia tidak mahu membuang masa dengan berbantahan dengan mereka, kerana masa itu lebih berharga dari harta benda.
- Pada malam hari dia bersujud kepada Allah SWT serta beribadat, iaitu mengerjakan sembahyang maghrib dan Isyak (dan bersembahyang tahajud).
- Dia takut kepada seksa Allah SWT, sambil berdoa mudah-mudahan dia terhindar dari seksa itu.
- Dia suka menderma sebahagian wangnya untuk menolong fakir miskin dan amal jariah, seperti mendirikan sekolah hospital dan sebagainya. Dia tidak kikir dan pula berlebiha (melampaui batas) tentang membelanjakan wangnya (boros) melainkan sederhana dan patut menurut keadaannya.
- Dia tidak menyembah selain daripada Allah SWT, dia tidak sujud pada kubur-kubur atau tempat-tempat sakti, malah kepada Allah SWT semata-mata
- Dia tidak membunuh orang kecuali dengan kebenaran, umpamanya kerana orang itu bersalah membunuh anaknya menurut keputusan pengadilan Islam.
- Dia tidak berzina (berbuat jahat). Barang sesiapa membuat salah satu antara perkara yang tiga ini, iaitu menyembah selain daripada Allah SWT, membunuh orang dan berzina, maka dia akan diseksa Allah SWT serta dilipatgandakan seksanya, kecuali orang yang bertaubat dan beramal saleh. Maka Allah SWT menukarkan kejahatannya itu dengan kebaikan, serta dihapuskan segala dosanya.
Orang-orang yang saleh juga adalah:
- orang yang tidak mahu menjadi saksi palsu, malah menerangkan apa sebenarnya yang dilihatnya.
- Jika mereka bertemu dengan orang-orang yang bercakap-cakap kosong (membuang masa), mereka tidak mahu mencampurinya, malah mereka terus berjalan meninggalkan mereka.
- Jika mereka diberi preingatan dengan Al-Quran, mereka bukan seperti patung, tidak bergerak tidak mendengar dan tidak juga memperhatikan, melainkan mereka mendengar dan sebenar-benarnya serta diikuti semua ajaran Al-Quran.
- Orang yang selalu mengharap dan meminta supaya mereka memperolehi isteri yang terdidik dan pandai menguruskan rumah tangga, serta anak-anak yang terpelajar dan berbudi pekerti baik, sehingga semua itu menggembirakan hatinya, menyedapkan pandangannya, seolah-olah mereka tinggal di dalam syurga dunia. Bahkan mereka menjadi ikutan dan tauladan bagi jirannya, kaum kerabatnya dan seluruh negeri.
Daripada panjang lebar keterangan dan tafsiran Prof. Dr, ini yang dapat saya digest untuk peringatan diri sendiri dan saya kongsikan.
- Jangan sombong, angkuh kerana tiada yang lebih kaya dan tinggi darjat daripadaNya. Kita manusia adalah sama hambaNya, jika lebih sedikitpun mudah sahaja hilang bila Allah tarik nikmat kesihatan, kehidupan @ akal. Bagaimanapun saling menghormati adalah semestinya.
- Tidak perlu buang masa untuk pertengkaran yang tidak berfaedah seperti saling menyakiti atau melaga-lagakan sesama saudara. Adakah kita tidak takut @ rasa berdosa @ rasa bersalah abila kita menjadi punca putusnya silaturrahim? Jadi, lebih baik ia ditinggalkan @ kita yang mengalah.
- Siksa yang dinyatakan dalam Al-Quran sepatutnya menjadi pengajaran yang boleh menyentuh hati. Contohnya dalam Al-Quran banyak kali diulang kisah ahli kubur yang disiksa teringin untuk hidup semula dan bertaubat, namun sudah terlewat.
- Mengenai kekayaan janganlah kita kedekut, hendaklah berserdehana dan berasa gembira dan bersyukur apabila dapat menyumbangkannya kepada kebaikan.
- Mnyembah Allah tuhan yang satu dan pada Dia kita memohon pertolongan dan berharap.
- Tidak membunuh melainkan atas keadilan, contohnya polis & tentra yang berlawan dengan musuh untuk mempertahankan negara.
- Membenci perbuatan jahat dan segera bertaubat.
- Janganlah kita menjadi saksi palsu @ memfitnah @ menambah-nambah cerita yang tidak pasti sesuka rasa. Kadang2 terdapat perkara yang benar tetapi tidak perlu kita ceritakan @ sampaikan jika ia boleh menyebabkan pergaduhan, tambahan tiada faedah jika disampaikan. Maksudnya, jangan jadi batu api.
- Mengambil tauladan dan tersentuh dengan pengajaran Al-Quran. Pernah dikatakan, hati mati apabila tidak takut berbuat dosa berulang-ulang dan tiada juga niat untuk memperbaiki diri.
- Selalu memohon dan berusaha mendidik keluarga menjadi soleh. Alhamdulillah, saya yang liat bangun subuh ni, bila di kampung mak hari2 pujuk bangun subuh untuk solat di surau. Hati sangat gembira dengan pujukan mak dan lucu bila dia menggunakan kucing. =3
Mungkin banyak dalam list di atas yang masih belum kita lakukan. Dan biasalah, cakap memang senang tapi payah untuk dilaksanakan. Apapun sekecil mana niat kita untuk berubah, semoga dipermudahkan dan diberi hidayah dari Allah SWT. Semoga perkongsian ini bermanfaat pada kita semua. In Sha Allah.
Sebelah kanan (tafsir berwarna biru) adalah tafsir yang saya gunakan sebagai rujukan. Ia bersama saya sejak tahun 2006. Sebelah kiri (tafsir berwarna coklat) adalah hadiah dari kakak tahun lepas, tapi saya jarang gunakan sebab tulisannya agak kecil untuk dibaca. Apapun saya sayang keduanya~ =D
p/s- Writer is someone that still lack of knowledge but willing to learn. Please correct if spotted any mistake or misinformation especially that related to phrases from Al-Quran, hadith and fact. Your advice, critic and suggestion is much appreciated. Salam =)
No comments:
Post a Comment