I love Palestine

I love Palestine

Tuesday 22 December 2020

Rujukan Nisbah Simen

The best reference and thank you for sharing. Credit to respective writer. Semoga mendapat pahala kerana ilmu yang bermanfaat buat kami. 😊

🔨Decoratex

🔨Jamal the Solo Builder

🔨Teknologi Pembinaan

🔨daq8727.blogspot.com



Wednesday 16 December 2020

Tolong Patuhi SOP Demi Kebaikan Bersama

 

-Video ni bertebaran di whatsapp group dan bukan pertama kali. 

-Berilah contoh teladan yang lebih baik, yang risaukan kesejahteraan masyarakat semua dan tidak menimbulkan fitnah kepada agama.

-Berfikir banyak2 kali kalau ucapan kita boleh timbulkan fitnah dan pandangan buruk kepada agama. 

- Islam itu indah, lengkap dan releaven pada apa2 zaman. Kita umat nabi Muhammad SAW yang tidak tinggal pada zaman nabi. 

- Dalam kes ni, lebih elok klu x puas hati, usulkan kepada pemerintah secara formal. Bukan tanya kepada masyarakat di media sosial atau ceramah2. Takut timbulkan huru hara dengan pelbagai pandangan. Tambahan pula yang mengajukan isu ini adalah orang2 berpengaruh, terkenal dan dihormati.  

-Setiap keputusan pastinya pemerintah buat selepas kajian yang mendalam. Dan pihak pemerintah (JAKIM) bukan sahaja bekerja untuk rakyat tetapi amanah daripada Allah untuk menjaga Islam. Amanah yang sangat berat dan pastinya mereka takut kemurkaan Allah. 

-Pihak pemerintah terdiri daripada pelbagai pakar di dalam bidang masing2. Ulama, saintis, doktor, engineer, pertahanan dan pakar ekonomi. Jadi pastinya keputusan tu yang terbaik. Kalau ada apa2 barisan hadapan (doktor, nurse, polis dan askar) yang kena hadap. Jadi pendapat mereka paling utama. 

-Taat pemerintah selagi mana ia untuk kebaikan bersama dan tidak melanggar hukum syarak. 

-Arahan strict pun orang x ikut inikan pula mansuhkan arahan. Dan semua orang perlu alami benda yang sama untuk melawan Covid. Tidak dibezakan agama, bangsa dan negara, penjarakkan sosial dan menjaga hygine langkah paling efektif melawan covid. Yang di pasar raya tidak menajaga jarak tu sebab mereka lalai secara individu. 

-Penjarakkan sosial di masjid dan membawa sejadah sendiri ke masjid masih perlu diamalkan bagi mencegah Covid-19. Kita perlu disiplinkan diri sehingga vaksin ditemui dan Covid tidak lagi mengancam nyawa dan ekonomi. Kita berusaha dan minta pertolongan Allah SWT.

-Tolong patuhi SOP untuk mencegah bencana yang lebih buruk. Patuhi dengan disiplin dan tidak pentingkan diri. Dengan mematuhi SOP kita membantu melindungi keluarga dan masyarakat. Cukup2lah MCO yang menggangu aktiviti harian dan ekonomi kita. 

-Ini hanya pendapat saya secara individu dan tidak merujuk mana2 atau berkaitan apa2. Yang buruk adalah dari saya sendiri. Apapun sesiapa boleh beri pendapat masing2. 

-Allah maha mengetahui dan semoga Allah mengampunkan khilaf dan dosa2 kita. Amin.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...