Baru-baru ini viral mengenai Punch monyet yang sentiasa berdampingan dengan patung orang utan. Berlaku di Jepun Punch telahpun disisigkan oleh ibunya menyebabkan perlu campur tangan pihak penjaga zoo untuk selamatkan si Punch. Pihak zoo terpaksa hands feed dan memberikan Punch patung orang utan untuk dia rasakan selamat.
Sekali nampak comel sungguh gelagat si Punch dengan patungnya. Tapi sedih juga disebalik kisahnya. Sudahlah ibunya tak nak dia, kawan-kawan pun sama tak suka si Punch. Banyak kali dia terpaksa kembali dengan orang utannya.
Tapi nampaknya si Punch punya sisi positif. Selain tabah dia tidak putus asa. Lepas kena lepuk dia kembali kepada patung orang utan nya. Kemudian dia cuba berkawan lagi. Comel pula nampak bila ada monyet yang sudi carikan kutunya. Tabah la Punch, hidup memamg macam tu. Semoga Punch gembira dan boleh mempunyai kawan-kawan yang sayang akan kamu.
Kenapa si ibu sisihkan Punch? Katanya Punch adalah anak pertama dan mungkin si ibu kurang pengalaman. Tapi peratusan pengabaian anak oleh primat adalah sangat rendah iaitu 0.3%. Apa yang saya nampak warna muka Punch putih dan bulat, manakala muka monyet lain merah dan panjang. Mungkin sebab Punch masih kecil ke? Tapi comel lah dia. Haha.






No comments:
Post a Comment