I love Palestine

I love Palestine

Tuesday 29 June 2021

Bendera Putih

 

Image from etsy.com


Baru2 ini ada yg mencadangkan untuk mengibarkan bendera putih sebagai tanda meminta pertolongan. Dan baru2 ini di musim pkp berterusan ramai yg sangat2 terkesan dan statistik bunuh diri meningkat.  

Bila terbaca cadangan bendera putih ni, saya rasa yg mencadangkan idea tersebut atas rasa ihsan terhadap mereka yang betul2 terkesan. Mungkin idea tercetus kerana tidak sanggup lagi dengar ada yang bunuh diri kerana anak2 yang lapar atau si tua yang tiada kudrat. Bagus idea ni, saya sokong. Ini tanda mereka perihatin dan ingin membantu. Ini juga tanda sokongan moral dimana ramai yang ingin membantu. 

Walaubagaimanapun baru tadi terbaca seorang ni mengatakan bendera putih ni maksudnya menyerah kalah. Amboi.............................. rasanya sebelum kenyataan beliau munkin 1 dalam 100000 yg lihat bendera putih tu kalah. Saya tak terfikir langsung. Bendera putih tu untuk meminta pertolongan dengan cara lembut tanpa meminta2. Siapa yang lebih rezeki boleh kongsi dengan sukarela dan InshaAllah akan dibalas kebaikannya. Si penerima bantuan pun pasti akan menpunyai sinar harapan bilamana ada yang membantu.

Point kedua jika ada yang ambil kesempatan. Orang mcm ni biasanya dikenali oleh penduduk setempat jadi jangan risau sangat. Jika dia ambil pun dia makan, dan sekiranya dia jual barangan sedekah tersebut dia lebih tahu mengira keberkatan mengambil hak orang. Janganlah kita mengambil kesempatan atas kebaikan orang.

Point ketiga berdoa. Rasanya si pengibar bendera tersebut juga berdoa. Seburuk2 perangai seorang tu kalau dia beragama, dalam kesusahan dia pasti berdoa sebab itu satu2 nya harapan yang terakhir dengan keyakinan Tuhan yang maha berkuasa dan penyayang. Anggaplah mengibar bendera ni sebgai usaha untuk mengenali mereka yang memerlukan.

Sedih bila mengulas sesuatu isu, kemudian dikaitkan dengan agama diolah ikut sedap sendiri. Bila beli mercedes kaitkan unta sihat, bendera putih kalah. X sesuai dan x membantu. Lihatlah sebagai ihsan... 

Semoga semunya kembali pulih. Musim pandemic ni, lebihkan membantu dan jaga  kata2.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...