I love Palestine

I love Palestine

Sunday 10 February 2019

Wira Yang Syahid


'Selamat jalan wiraku'
hmetro.com.my
Feb 10, 2019 3:23 PM



ORANG ramai mengusung jenazah Abdul Bari untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah. FOTO Ghazali Kori


WALAUPUN saling tidak mengenali, orang ramai yang bersimpati dan kagum dengan sifat terpuji serta keberanian Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, tidak mahu melepaskan peluang mengikuti majlis pengebumian Allahyarham dan memberi penghormatan terakhir.

Kehadiran lebih 500 ahli keluarga, saudara mara, rakan dan orang awam dalam keadaan cuaca panas terik itu membuktikan mereka mahu menjadi sebahagian yang mengiringi pemergian wira yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, hari ini.

Malah, suasana sedih melihat raut wajah insan kesayangan Abdul Bari yang kehilangan anak tersayang turut meruntun hati orang ramai yang berada di tanah perkuburan itu.

Dalam suasana pilu itu, jenazah Abdul Bari selamat dikebumikan jam 2.15 petang di tanah perkuburan itu.

Ibu bapa Allahyarham, Mohd Mustafa, 66, dan Masitah Awang, 60, dilihat sugul tetapi tenang menyaksikan upacara pengebumian.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, termasuk Ketua Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail dan Pengarah JBPM negeri, Azlimin Mat Noor.

Terdahulu, jenazah Abdul Bari Asyraf dibawa ke Masjid Kampung Merbau Patah bagi menyempurnakan solat jenazah selepas jemaah menunaikan solat Zohor kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Solat jenazah dipimpin Imam Masjid Kampung Merbau Patah, Abdul Muim Khatib Mohamed.

Abdul Bari ditemui lemas jam 7.23 pagi tadi di muka kuala Sungai Terengganu, kira-kira 2.5 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan hilang selepas membantu menyelamatkan lima beranak dalam insiden pacuan empat roda Mitsubishi Storm terjunam ke sungai berkenaan, malam kelmarin.

Mayat Abdul Bari ditemui dalam keadaan terapung oleh pasukan penyelamat dan orang ramai




-[source]
-may Allah grant you syahid for your heroic move. 
-from the news of what i read, he went fishing with friends (it is his hobby) back home for zohor and lunch then went back fishing again. they saw a car sinking in the river, he is the first to dive among the 5 hero. All five family member resqued but one of the resquer didnt show up. After two days his body was found. Al fatiha for him, and condolences to the family member. May Allah grant syahid to the hero. His family truely blessed with a kind and brave son.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...