I love Palestine

I love Palestine
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Saturday, 20 September 2025

BERANINYA

He exchanged himself for the woman hostage. Then, using his bare hands, he grabbed the knife. Would us do the same? A strong and brave man.πŸ«‘πŸ‘πŸ‘


News

Thursday, 4 September 2025

K9 is Adoptable

Alhamdulillah. The answer I wanted to hear. I just read the post PROGRAM ADOPSI K9 BERSARA and am very grateful to know that we are moving towards being more humane and respectful towards God's creatures. They deserve our gratitude for their hard work and sacrifice.

It makes me sad to hear that, here, dogs are so unfortunate. They are hated, seen as najis, and treated as a taboo in our culture. Yet those very dogs are used to save us the ungrateful humans.

Monday, 1 September 2025

Man smiles in mugshot




Man smiles in mugshot after beating neighbor who tried to bury his dog alive. When a local man was released with only community service after attempting to bury his own dog alive and abusing it for years, the neighborhood was outraged.


One ex-Marine and avid dog lover had seen enough. He walked straight over, fists clenched, and told him: “Try picking on someone who can fight back.”


Moments later, the abuser lay beaten on his own front lawn. Police arrived to find the Marine calmly waiting, blood on his knuckles, grinning from ear to ear.


He left in handcuffs, but with a smile on his face.

The dog is safe with a rescue. The abuser? He moved out of town and never came back.


When asked why he did it, the Marine said simply:

“Dogs deserve defenders too.” #dogs #wholesome


Credit to:

 https://www.facebook.com/100066704634362/posts/1125926686307475/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v

Friday, 8 October 2021

Andre Bauma and Gorilla

 


Pictures from Dailystar

🐡 Andre Bauma is the kind ranger that save Ndakasi when she was 2 months old. 14 years later she passed away in his arm. 

🐡 Thank you very much sir for your kindness towards animals. 

🐡 Condolence for the lost of Ndakasi. All the gorillas surely be thankful rescued by you. 

🐡 We hope you will stay strong in your stand for animal rights.

🐡 Read the full story at Dailystar and Gulapop



Tuesday, 5 October 2021

Menghormati Pelbagai Kaum

 


Amboi... racist nya orang ni.. x layak jadi pemimpin rakyat.. Kisona sedang hempas pulas bermain demi negara, dia pula bersifat racist dengan negative vibe. 

Pemimpin haruslah orang yang boleh menyatukan rakyat. Kita rakyat berbilang kaum, yang boleh jadi sumber kekuatan atau yang menghancurkan kita. Tapi pemimpin macam ni seperti barah yang membimbangkan. Dengan pengaruh mereka boleh memburukkan lagi keadaan. 

Dia telah meminta maaf secara terbuka dan ingin lepaskan jawatan. Harap pemimpin baru dipilih akan  lebih baik amanah, cekap, beradab dan bijak. 

Tidak kira kita sebagai pemimpin atau rakyat biasa, hiduplah dengan saling hormat menghormati, bantu membantu dan bersatu padu tanpa mengira agama dan bangsa. 

Alhamdulillah saya hidup dalam pelbagai bangsa, melayu, cina, india, bumiputera sabah, sarawak, indonesia, bangladesh, pakistan, korean, japan dan lain-lain. Alhamdulillah setakat ni ramai yang baik. Jika ada kekhilafan itu masalah individu sendiri. Kalaupun kita bersifat perkauman, simpan lah sendiri tanpa perlu umumkan di media sosial kerana akan memburukkan lagi keadaan. 

Terlalu banyak cerita yang saya syukuri bergaul dengan pelbagai kaum. Tapi yang saya paling terkesan ialah pernah jiran india saya pergi payungkan mak yang hendak balik dari surau. Beliau yang tinggal di hadapan surau terlihat mak hendak meredah hujan, lantas beliau cepat2 ambil payung dan hantar mak sampai ke rumah. BAIK KAN BELIAU!!❤❤



Thursday, 16 September 2021

VIP Menghadap Allah

 


Baru2 ni kes VIP yang terus masuk ke masjid untuk solat jumaat tanpa perlu beratur menuggu giliran meninggalkan belasan marhaen di luar terlopong masih berbaris dan pintu masjid kemudian ditutup kerana dah cukup kauta bilangan makmum yang dibenarkan. 

“VIP (orang kenamaan) sampai terus boleh masuk. Kami dah tunggu sejak pukul 12.15 tengah hari. Esok kau menjawab la kat akhirat,” kata perakam video itu

Mulanya bagi sy tiada isu besar, walaupun rasa tidak betul je double standard di masjid,  tp pada saya, lumrah lah VIP. Kita marhean ni sedarlah diri, macam tak biasa... Sy rasa itu perkara normal dan bukan isu besar di Malaysia. Selalu sangat berlaku dan tak perlu sakit hati, bersyukurlah apa yang kita ada asalkan jangan dizalimi fizikal. Pada masa yang sama saya rasa eloklah VIP kita rajin berebut untuk menghadap yang Maha Kuasa. Kuranglah masalah pecah amanah jika kita mempunyai VIP yang taat perintah Allah. 

Nak kata VIP tu salah pun tak boleh juga, sebab selalu di Malaysia VIP akan dapat layanan istimewa walaupun bukan mereka yang minta. Perkara ni sudah menjadi kebiasaan kita. Bagi saya layanan menghormati VIP ni tak apa, tapi memang tak suka VIP yang lambat.   

Saya menjadi jelik bila Imam memberi penjelasan yang tidak sesuai. "Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf". Hanya memaafkan jika berjumpa dengannya. aAPAKAH???? Sedangkan hutang pun kita disuruh halalkan sahaja inikan pula hanya yang menularkan video ketidakadilan yang tidak membabitkan imam tersebut. Kita dengar ceramah "maafkan semua orang sebelum tidur, supaya hati lebih tenang", jangan cakap "merangkak lah jumpa aku di padang mashar", sebab ia melambatkan kita untuk dihisab. Tapi benda remeh keluhan natizen yang memviralkan video ni imam tak mahu maafkan tanpa berjumpanya. Bongkak angkuh. Sedangkan ini bukan serangan individu terhadap imam, tapi isu pengurusan yang seperti tidak adil. Banyak lagi bahasa beliau dengan angkuh, sombong dan kasar dalam memberi penjelasan. Video penjelasan beliau dan meminta perakam datang berjumpa meminta maaf imam suruh sebarkan supaya perakam dapat mesej tersebut tapi saya malu nak upload di sini sebab saya rasa aib. 

Kadang2 saya jumpa orang2 yang biasa2 sahaja amalannya berkata "tak apalah, Allah ada", "biasalah, reda lah" dan saya sangat kagum dengan ADAB mereka. Tidak memanjang manjangkan pergaduhan remeh, rendah diri, berserah kepada Allah. Saya kagum dengan Dr Zulkifli menteri agama kita dulu, merendah diri dalam menjawab pelbagai tomahan dan amarah natizen.

Isu memviralkan video aib atau ketidakadilan, bagi saya lebih kepada lumrah (perlu) pada zaman sekarang. Selalu kita takut berbuat jahat kerana kita beriman pada Allah maha melihat. Kita anggap lah video2 viral ni sebagai mata2 supaya kita lebih behave dimana2. Viral ni pun juga bagus sebagai bukti dalam membenteras jenayah.

Selepas berberapa hari Imam mohon maaf. Kita semua ada kahilafan, harap menjadi pengajaran kepada kita semua. Supaya jangan sombong. Dan penampilan harus selari dengan perbuatan. Jika kita berpakaian alim pastikan kita berusaha bawa imej islam yang sebenar supaya tidak menjadi fitnah pada agama. Bagi saya kalau kita berilmu agama tapi masih belum boleh menunjukkan adab islam, baiklah berpakaian biasa (menutup aurat) sahaja tanpa perlu over atau mahu dipanggil gelaran baik seperti ustaz ustazah imam bilal. Sebab bila penampilan over kita jadi perhatian, kita bertanggungjawab untuk menunjukkan adab islam sebenar. Jika tidak kita menjadi fitnah pada agama. Bukanlah jadi sesuci malaikat, cukuplah tonjolkan ADAB asas manusia biasa.  

Sebenarnya berberapa kali tertangguh tulis perkara ni, geram tapi kawal hati. Tapi tadi "my #qurantime" (episode 393) pun isukan perkara ni, jadi saya tergerak untuk tulis juga. Saya mohon maaf, yang baik ambil pengajaran. 


πŸ‘¨‍🏫Ini penjelasan Ustaz bolehkah double standard dalam berdakwah. Episode 393 my #qurantime.


πŸ‘¨‍πŸ’ΌKita contohi VIP ini. πŸ˜ŠπŸ‘

Tok Guru Nik Aziz berbaris menunggu giliran

Tok guru Nik Aziz solat di kawasan luar masjid kerana terlewat datang 

Tok Mat solat di perkarangan luar masjid kerana terlewat 

Tun Mahathir solat dikalangan jemaah yamg lain tanpa layanan VIP


Sunday, 12 September 2021

4/6➡️6/6




😒😒😒😒😒😒😒😒😒😒


 

Tuesday, 7 September 2021

Pasangan Suami Isteri Bela 620 Anak Angkat, Termasuk Lima Anak Sendiri

Sepasang suami isteri di Britain  telah mengambil seramai 620 orang anak angkat dalam tempoh 56 tahun, lapor akhbar The Sun semalam.



Pauline dan Roger Fitter berkongsi rahsia berdepan krisis keibubapaan yang dihadapi termasuk cemburu dan anak-anak yang mengamuk.


Pasangan itu sudah membesarkan bayi, kanak-kanak, remaja dan dalam masa yang sama memelihara lima anak kandung mereka.




Foto: The Sun




“Kami telah menjalankan tanggungjawab kami sehingga mereka boleh berdikari dan menjalani hidup sendiri.


“Kami menyayangi semua anak-anak kami, namun apabila tiba masanya, kami perlu melepaskan mereka pergi,” kata Pauline.


Pauline dan Roger yang menetap di Haslemere, Surrey berkata, terdapat banyak cara untuk mententeramkan kanak-kanak dan cara terbaik adalah ibu bapa perlu tenang dan berkomunikasi dengan mereka.


Pauline juga berkata bahawa dia akan memastikan semua  anaknya makan makanan yang sama pada waktu yang sama bagi memastikan tiada antara mereka berasa terpinggir.


Foto: The Sun




Pasangan itu juga pernah mempunyai 11 anak kecil di dalam rumah termasuk anak-anak kandung mereka, sehingga terpaksa memasang khemah untuk memastikan kesemua mereka memiliki katil.


“Kami merasakan telah menjalani kehidupan dengan tujuan yang baik. Kami telah bertahan lebih lama daripada kebanyakan ibu bapa lain, namun masih menikmatinya hingga anak terakhir,” kata Pauline. 


Suri's say

πŸ™‹‍♂️A heartwarming story. Thank you Madam Pauline dan Mr Roger Fitter☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

πŸ™‹‍♂️However still becareful seeing some cases have not good ending. For example the recent Bella case where the autism child was abuse and used only for donation. 

πŸ™‹‍♂️Everyone must alert about violence or criminal's conduct aroud us. 
 
πŸ™‹‍♂️Credit to Kosmo

Thursday, 2 September 2021

Tok Penghulu yang Berkaliber

 


Terima kasih banyak2 la tok penghulu atas ketegasan tok dalam menjaga kampung dan mengekang penularan Covid-19. Ketegasan seperti ini yang diperlukan terutama untuk orang2 yang degil macam ni. Menyusahkan dan pentingkan diri!!! Dah hampir dua tahun perihal Covid-19 didedahkan pada masyarakat. Tipulah kalau tak faham. 

Semoga budak tu dapat pengajaran dan masyarakat lain juga ambil pengajaran dari peristiwa ni. Perangai yang mementingkan diri dan membahayakan nyawa orang lain patut dibenci. 

Terlalu ramai yang degil. Kalau ada kekuatan nak juga jerit macam tok penghulu. πŸ˜²πŸ˜²πŸ˜€πŸ˜¬πŸ—£πŸ—£ tapi yg terdaya cuma menjaga, mengingatkan, dan berkongsi maklumat dengan orang terdekat. Usahakanlah macam mana pun, kita jaga kita, lindung diri lindung semua. Kita berusaha semoga Allah lindungi kita.

Terima kasih sekali lagi tok. Semoga tok sihat dan dilindungi. Semoga usaha tok berhasil dan dipermudahkan. Semoga ianya menjadi pahala buat tok dalam memikul amanah yang diberikan. 

Last sekali, harap budak ni dikompaun sebagai pengajaran keras. Why so harsh? Because it invovlve life. A life that is precious to their family. A breadwinner, a father, a mother or a child. 

*Update 2 beradik tersebut dikompaun RM8K. Dan terdapat juga orang lain yang dijangkiti daripada mereka. 


Dialog tok penghulu yang boleh digunapakai kepada mereka2 yang degil dan pentingkan diri. 

"NAK SAYA TANGKAP DIA KE???!!!! X2. KENAPA INGKAR ARAHAN!!!! BUKAN ORANG TANGKAP!!!! DUDUK DALAM RUMAH!!!! BAHAYA!!!!!!". .... 



Thursday, 19 August 2021

Takziah

 


Takziah kepada keluarga En Shamsul. Semoga rohnya dicucuri rahmat, semoga kebaikan nya diterima Allah, semoga kerjayanya menjadi amal ibadah pahala untuknya. Walau x kenal, kami berterima kasih atas khidmatnya kepada masyarakat. 

Takziah juga pada mangsa yang lain. Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan. Amin... 


Saturday, 14 August 2021

Condolences to Siti Sarah's Family


Somoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Amin.. 


This week we are sad to know about Siti Sarah death after scummbed to Covid-19. Though I didn't know her personally but I do feel very sad. I know her as an artis and I love her songs such as 'Kesetiaan' and 'Sandarkan Pada Kenangan'. I know her as a happy go lucky, humble and kind. I watch her in 'Lagu Cinta Kita' as a jury, I read the news about she's doing charity. 


I admire her for trying to change into better when seeing she wearing hijab when her hair once made her as ambassador for hair products. I also admire her for having a happy family where they shows happiness openly. I remember watching a video that shuib left her when she dance the viral tik tok 'Kiki challenge' then  her children laugh. It is known that she's being with her husband from nothing to now where they achieve a good life. Her husband says that Sarah is a luck to him and he was so grateful for it. 


After her death many share her kindness. Where she was very kind, concern of others and generous. She humbly congratulate naim for his winning at AJL, concern on nabila and rabeca covid status, and wanting to sing on uqasha wedding for free. What a heartwarming person to be with ❤❤πŸ‘πŸ‘


The latest Aidiladha she donate a RM13k cow for qurban at palestine through Nadir. Even her newly born son were named Ayash Affan after the name of Palestinian fighter. A good name with good intention. May Ayash grow up healthy ❤






Shuib advice that everyone should get vaccinated, take a good care of our health and most importantly abide to SOP. Because covid is real. Think of your love one. Have you done your best then it is takdir and Allah knows better. 


I pray for everyone to stand strong and able to fight covid.



Friday, 13 August 2021

Tokoh Maal Hijrah, Seorang Penggali Kubur. Tidak Hadir Majlis Kerana Bimbang Sebar Wabak.

 Ketika dimaklumkan terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 2021/1443H yang disambut pada 10 Ogos lalu, seorang penggali kubur bagaikan tidak percaya dan terkejut dengan berita itu.



Roslee Ali memberitahu dia tidak pernah menganggap kerjayanya itu mempunyai sebarang kesitimewaan apatah lagi sehingga melayakkannya menerima anugerah berprestij.


Sepanjang 11 tahun bergelar penggali kubur, Roslee, 63, memberitahu dia bekerja dalam bidang itu semata-mata ingin berbakti kepada masyarakat selain melakukan tuntutan fardu kifayah sebagai seorang Islam.






Kredit foto: mStar




"Ketika mendapat panggilan diberitahu tentang anugerah yang bakal diterima, saya memang terkejut namun berasa terharu kerana usaha dan sumbangan selama ini mendapat perhatian.


"Rasa tidak percaya pun ada tetapi Alhamdulillah atas penghargaan yang diberikan.


"Sejujurnya ini bukan kemenangan saya seorang tetapi ia mewakili seluruh barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, khariah masjid, sukarelawan, serta semua penggali kubur yang ada... ini adalah kemenangan untuk semua," katanya kepada mStar.


Roslee menerima Anugerah Tokoh Barisan Hadapan iaitu kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini manakala Anugerah Tokoh Utama Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan dianugerahkan kepada Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat yang juga mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).


Selain Roslee, empat lagi penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1443H Anugerah Khas turut diberikan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari menerusi Anugerah Tokoh Barisan Hadapan, Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Dr Ramly Mokni (Anugerah Tokoh Korporat).


Dua lagi penerima adalah pengacara dan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya (Anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif) dan Pembantu Mubaligh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Nur Maisarah Leong Yoke Keen (Anugerah Tokoh Mualaf).


Bagaimanapun Roslee tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil sendiri anugerah diberikan kerana merasakan dirinya berisiko terhadap orang lain memandangkan dia sering menguruskan jenazah Covid-19 setiap hari.


"Hendak pergi tetapi hari-hari saya terlibat menguruskan jenazah Covid-19, memegang dan memeluk jenazah untuk dikebumikan. Jadi risiko agak tinggi meskipun saya memakai PPE lengkap.


"Jika pergi mengambil anugerah mungkin ada kebarangkalian boleh menyebarkan wabak, jadi lebih baik saya elakkan. Insya Allah ada masa sesuai saya akan mengambil anugerah itu," jelasnya.








Suri's say:

πŸ‘΄ Terima kasih pakcik. Semoga Allah membalas jasa pakcik dengan anugerah yang lebih baik. Amin.. 

πŸ‘΄ Menggali kubur pasti memenatkan, manakala meresikokan diri dengan jangkitan memerlukan pengorbanan, keikhlasan dan kekuatan hati. Terima kasih pakcik dan semua frontliners. Semoga kebaikan anda semua mendapat balasan baik. 

πŸ‘΄ saya sangat kagum dengan keputusan pakcik untuk tidak hadir majlis tersebut demi kemaslahatan sejagat. Ramai yang tidak berbuat demikian dengan menghadiri majlis2 atau perhimpunan tidak penting dan melanggar SOP. Pakcik walk the talk dan memberikan contoh yang baik. 

πŸ‘΄ Harap2 ramai yang akan mencontohi pakcik. Jaga SOP dan semoga jangkitan covid-19 berkurangan. Sedih dan merisaukan dengan keadaan Covid-19 di Malaysia yang tidak terkawal. Ditambah lagi dengan keadaan politik Malaysia yang tidak stabil. Kesian pada rakyat2 di bawah, pemimpin berebut kuasa. 

πŸ‘΄ Sumber berita dari mStar


Saturday, 7 August 2021

HEBAT!🚴‍♂️


Tahniah pada Dato' Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus atas kelayakan untuk ke peringkat suku akhir. Kedua-duanya hebat dan membanggakan Malaysia πŸ‘πŸ‘πŸ’ͺ


Dato' Azizul menang dengan sukar dipintasi manakala Shah Firdaus di tempat ke dua walaupun bertanding dalam kecederaan. Tragik sama yang macam Dato' Azizul pernah alami. Hebat! Saya doakan kejayaan mereka. 😊


Badminton pun hebat, terjun pun hebat. Semoga kontijen Malaysia beroleh kejayaan. Kami menyokong di sini 😊


Gurauan Covid

 


Spot on- Choose wisely in the next pru. 😊

May Allah protect us and lets dying be a thing we should repent and have empathy. 

Dikesempatan ini saya doakan Siti Sarah, kakak dan semua ibu mengandung dipermudahkan urusan mereka. Semoga Allah melindungi mereka dan semoga mereka kuat dalam menghadapi pandemik ini. 

Agak sedih baru2 ni di sana sini berita kematian, anak menjadi yatim dan ramai hilang orang yang disayangi. Maka ia bukanlah boleh dijadikan gurauan sebaliknya sesuatu yang sama2 kita harus tangani sehingga kita menang. Lindung diri lindung semua. Patuhi SOP, ambil vaksin dan berjaga2. Selebihnya tawakkal pada Allah. 

Saturday, 31 July 2021

Saintis temui ‘SpongeBob’ dan ‘Patrick’ di dasar laut

 

SpongeBob dan Patrick ‘sebenar’ serta watak yang ditonjolkan dalam siri kartun popular itu. - Twitter/ Christopher Mah

Saintis temui ‘SpongeBob’ dan ‘Patrick’ di dasar laut

NEW YORK – Sekumpulan saintis marin di Amerika Syarikat menemui spesies span laut berwarna kuning dan seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu yang menyerupai dua watak siri kartun popular SpongeBob SquarePants, lapor akhbar New York Post semalam.

‘SpongeBob’ dan rakan baiknya, ‘Patrick Star’ ditemui di atas seketul batu di Retriever Seamount di dalam Lautan Atlantik, kira-kira 321 kilometer dari pantai New York.

Kumpulan saintis daripada  Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA)  menemui span Hertwigia dan tapak sulaiman spesies Chondraster itu ketika meninjau keadaan dasar laut menggunakan kapal selam kawalan jauh (ROV).

“Kebiasaannya, saya mengelak terumbu karang, namun kali ini saya menemui SpongeBob dan Patrick yang sebenar!” kata seorang saintis NOAA, Christopher Mah dalam satu ciapan di Twitter.

Tambah Mah, dia berpendapat agak lucu untuk membuat perbandingan antara penemuan tersebut dengan watak kartun popular itu berdasarkan warnanya.

“Warna yang dipaparkan dalam siri kartun itu sebenarnya lebih diperbesar-besarkan berbanding keadaan spesies sebenar.

“Sebagai seorang ahli biologi yang mempunyai kepakaran dalam hidupan laut, kebanyakan elemen yang ditonjolkan dalam watak SpongeBob dan Patrick adalah salah,” ujarnya.

Penemuan tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ramai meluahkan rasa teruja mereka melihatkan dua watak kartun kegemaran ramai itu. – Agensi


Credit to : kosmo.com.my

I remember once a viral SMS: 

Don't be stupid like Patrick ✴,
Or selfish like Squidword πŸ™,
Or greedy like Mr Crab πŸ¦€,
Instead be like Spongebob who are kind and sincere to his friends ⚂.
Friendship forever. 😊


Anyway it's a happy thing to know the existing of real Spongebob and Patrick 😊





Sunday, 18 July 2021

Ngeri Betul😨




https://www.kosmo.com.my/2021/07/15/terkejut-ular-tedung-selar-kejar-biawak-dalam-rumah/

My goodness😨😨😨. The biggest cobra species with biawak!!! And the grandma still able to still in her solat upon watching the lizard? It is the king cobra with 4m long!! My goodness what will I do in that situation.  Biawak in the house itself is freaking, with that cobra it is a nightmare. 😱

I met monitor lizard many times when jogging, I freak but I still think it is a cute animal watching in distance. Sometimes they swim in pool or just slowly walk minding their own things.🦎

I met baby cobra many times (《15) but everytime I went mad. Lucky that I'm the type who walk with my eyes look down on the road. So everytime I saw them first and then run away freakingly. πŸƒ‍♀️🐍

Anyway grandma, thank god that you both safe. May Allah protect you and your family. 😊



Monday, 26 April 2021

Naggala 402



 

Takziah buat keluarga Naggala 402. Semoga ada hikmahnya, semoga tabah. 


Sunday, 25 April 2021

Hero πŸƒ‍♂️πŸ˜²πŸ˜¨πŸ˜±πŸ˜ƒ

 



I watch this and I be like πŸƒ‍♂️πŸ˜²πŸ˜¨πŸ˜±πŸ˜ƒ. My goodness.... alhamdulillah the boy was saved. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ and 🎩 off towrds the HERO... WHOA... it's so close to be crushed by that train. It was a long run that seems impossible, but good thing he got the stamina.πŸ’ͺ He is so quick in thinking and action. If this happen to me, I might just able to scream, my mind went blank, irregular heart beat, while my legs cannot move in panicking (may it never happen). Allah... you are very kind and brave to risk your life for stranger. It's very risky, seconds to death. May blessing and good things ahead for you. 

Bless the mother and her child to still have the chance to live. Be careful next time. It was informed that the mother is blind thus she react as in the video. Stay strong and may both of you happy😊

Not forget the green shirt man. Even he did not save the boy directly, sprinting towrds them showing he is concerned and not less a hero. πŸ‘πŸ˜Š


Mr Mayur Shelke [credit]


😁[Credit]


Wednesday, 3 February 2021

Bapa


Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”



Seorang bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari!


Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya.








Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam.

"Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk.

"Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu," katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan 'adegan' dirinya makan nasi tanpa lauk.


Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia.


Ngah, yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu, berkata dia memadam video tersebut kerana tidak mahu timbul isu lain selain enggan meraih simpati orang ramai yang melihat kehidupan mereka dua beranak.

"Saya padam bukan sebab malu hidup susah tapi saya tak nak anak saya sedih dengan keadaan saya serba kekurangan ini.

"Selama ini saya tak kongsi keperitan hidup dengan dia apatah lagi nak kongsi dengan orang ramai, tetapi bila dah viral saya rasa perlu memberi sedikit penjelasan," jelasnya.


Bercerita lanjut mengenai apa yang ditonjolkan dalam video tersebut, Ngah berkata pada hari itu dia cuma mempunyai wang sebanyak RM5 sebelum mendapat upah melakukan kerja memotong rumput pada sebelah petang.


Dengan wang RM5 tersebut, dia membeli lauk seekor ikan keli pada harga RM4.

"Bila sampai rumah saya terus masak nasi dan pesan dekat anak saya untuk makan. Saya tak makan sebab nak terus keluar pergi mesin rumput.

"Balik dari mesin rumput, saya lapar sangat dan tengok lauk anak saya dah makan habis... Alhamdulillah... dia tak membazir.

"Saya intai tengok dia dalam bilik leka main telefon, terus saya ambil lebihan nasi putih dan makan. Masa tu la tiba-tiba dia keluar dan rakam sambil tanya saya makan tak ada lauk ke?" ujarnya.


Ngah yang bekerja mengambil upah mesin rumput berkata, dia telah menasihati anaknya agar lebih berhati-hati dengan tidak memuat naik video seperti itu lagi selepas ini.


Tambahnya, dia juga akan memantau penggunaan telefon bimbit yang baru dibeli itu untuk tujuan belajar secara dalam talian, menggunakan duit tabung anaknya.


Jelasnya, sebagai kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ibu, dia mempunyai cara sendiri dalam mendidik anak supaya anaknya itu tidak bersedih dan tidak memberontak.

"Saya tak pernah pukul dia, hanya nasihat saja itu pun dalam nada bergurau bimbang dia terasa hati atau memberontak.

"Maklumlah hidup hanya berdua dengan anak, dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu jadi saya perlu faham dia dengan lebih mendalam,"katanya.


Dalam pada itu, Ngah juga memohon maaf atas tindakan anaknya sehingga menimbulkan kerisauan dan mengundang simpati masyarakat.


Malah dia berharap netizen akan berhenti mengecam dirinya dan anak kerana tiada seorang pun faham keadaan yang mereka lalui sekarang ini.

"Bila saya dihubungi, bagus juga sebab saya nak mohon maaf atas apa yang berlaku dan boleh beri penjelasan,"katanya.


Bagaimanapun, Ngah berkata dia tidak memerlukan sumbangan wang, cukuplah sekadar mendoakan mereka murah rezeki dan kekal bahagia bersama.







"Sejujurnya kami tak perlu sumbangan, hami hanya perlu saham akhirat.

"Biarpun kami makan tak ada lauk, doa kalian adalah lauk kami sampai ke akhirat," katanya yang sering berkongsi kisah hidup bersama anak tunggalnya di akaun TikTok.


🚢‍♂️Credit to:Mstar
🚢‍♂️May the kid and his father be blessed with happiness . Amin...
🚢‍♂️be good boy, be someone your father can proud and depend to. 
🚢‍♂️ The legend of Batu belah batu bertangkup. I remember I have discuss about it with mum. What the opposit of this father doing. Mum said she will give up the fish for me. Yes, all the time she put us first. 
🚢‍♂️may we be a grateful childeren.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...