I love Palestine

I love Palestine

Tuesday, 7 September 2021

Pasangan Suami Isteri Bela 620 Anak Angkat, Termasuk Lima Anak Sendiri

Sepasang suami isteri di Britain  telah mengambil seramai 620 orang anak angkat dalam tempoh 56 tahun, lapor akhbar The Sun semalam.



Pauline dan Roger Fitter berkongsi rahsia berdepan krisis keibubapaan yang dihadapi termasuk cemburu dan anak-anak yang mengamuk.


Pasangan itu sudah membesarkan bayi, kanak-kanak, remaja dan dalam masa yang sama memelihara lima anak kandung mereka.




Foto: The Sun




“Kami telah menjalankan tanggungjawab kami sehingga mereka boleh berdikari dan menjalani hidup sendiri.


“Kami menyayangi semua anak-anak kami, namun apabila tiba masanya, kami perlu melepaskan mereka pergi,” kata Pauline.


Pauline dan Roger yang menetap di Haslemere, Surrey berkata, terdapat banyak cara untuk mententeramkan kanak-kanak dan cara terbaik adalah ibu bapa perlu tenang dan berkomunikasi dengan mereka.


Pauline juga berkata bahawa dia akan memastikan semua  anaknya makan makanan yang sama pada waktu yang sama bagi memastikan tiada antara mereka berasa terpinggir.


Foto: The Sun




Pasangan itu juga pernah mempunyai 11 anak kecil di dalam rumah termasuk anak-anak kandung mereka, sehingga terpaksa memasang khemah untuk memastikan kesemua mereka memiliki katil.


“Kami merasakan telah menjalani kehidupan dengan tujuan yang baik. Kami telah bertahan lebih lama daripada kebanyakan ibu bapa lain, namun masih menikmatinya hingga anak terakhir,” kata Pauline. 


Suri's say

๐Ÿ™‹‍♂️A heartwarming story. Thank you Madam Pauline dan Mr Roger Fitter☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

๐Ÿ™‹‍♂️However still becareful seeing some cases have not good ending. For example the recent Bella case where the autism child was abuse and used only for donation. 

๐Ÿ™‹‍♂️Everyone must alert about violence or criminal's conduct aroud us. 
 
๐Ÿ™‹‍♂️Credit to Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...