Baru2 ni kes VIP yang terus masuk ke masjid untuk solat jumaat tanpa perlu beratur menuggu giliran meninggalkan belasan marhaen di luar terlopong masih berbaris dan pintu masjid kemudian ditutup kerana dah cukup kauta bilangan makmum yang dibenarkan.
“VIP (orang kenamaan) sampai terus boleh masuk. Kami dah tunggu sejak pukul 12.15 tengah hari. Esok kau menjawab la kat akhirat,” kata perakam video itu
Mulanya bagi sy tiada isu besar, walaupun rasa tidak betul je double standard di masjid, tp pada saya, lumrah lah VIP. Kita marhean ni sedarlah diri, macam tak biasa... Sy rasa itu perkara normal dan bukan isu besar di Malaysia. Selalu sangat berlaku dan tak perlu sakit hati, bersyukurlah apa yang kita ada asalkan jangan dizalimi fizikal. Pada masa yang sama saya rasa eloklah VIP kita rajin berebut untuk menghadap yang Maha Kuasa. Kuranglah masalah pecah amanah jika kita mempunyai VIP yang taat perintah Allah.
Nak kata VIP tu salah pun tak boleh juga, sebab selalu di Malaysia VIP akan dapat layanan istimewa walaupun bukan mereka yang minta. Perkara ni sudah menjadi kebiasaan kita. Bagi saya layanan menghormati VIP ni tak apa, tapi memang tak suka VIP yang lambat.
Saya menjadi jelik bila Imam memberi penjelasan yang tidak sesuai. "Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf". Hanya memaafkan jika berjumpa dengannya. aAPAKAH???? Sedangkan hutang pun kita disuruh halalkan sahaja inikan pula hanya yang menularkan video ketidakadilan yang tidak membabitkan imam tersebut. Kita dengar ceramah "maafkan semua orang sebelum tidur, supaya hati lebih tenang", jangan cakap "merangkak lah jumpa aku di padang mashar", sebab ia melambatkan kita untuk dihisab. Tapi benda remeh keluhan natizen yang memviralkan video ni imam tak mahu maafkan tanpa berjumpanya. Bongkak angkuh. Sedangkan ini bukan serangan individu terhadap imam, tapi isu pengurusan yang seperti tidak adil. Banyak lagi bahasa beliau dengan angkuh, sombong dan kasar dalam memberi penjelasan. Video penjelasan beliau dan meminta perakam datang berjumpa meminta maaf imam suruh sebarkan supaya perakam dapat mesej tersebut tapi saya malu nak upload di sini sebab saya rasa aib.
Kadang2 saya jumpa orang2 yang biasa2 sahaja amalannya berkata "tak apalah, Allah ada", "biasalah, reda lah" dan saya sangat kagum dengan ADAB mereka. Tidak memanjang manjangkan pergaduhan remeh, rendah diri, berserah kepada Allah. Saya kagum dengan Dr Zulkifli menteri agama kita dulu, merendah diri dalam menjawab pelbagai tomahan dan amarah natizen.
Isu memviralkan video aib atau ketidakadilan, bagi saya lebih kepada lumrah (perlu) pada zaman sekarang. Selalu kita takut berbuat jahat kerana kita beriman pada Allah maha melihat. Kita anggap lah video2 viral ni sebagai mata2 supaya kita lebih behave dimana2. Viral ni pun juga bagus sebagai bukti dalam membenteras jenayah.
Selepas berberapa hari Imam mohon maaf. Kita semua ada kahilafan, harap menjadi pengajaran kepada kita semua. Supaya jangan sombong. Dan penampilan harus selari dengan perbuatan. Jika kita berpakaian alim pastikan kita berusaha bawa imej islam yang sebenar supaya tidak menjadi fitnah pada agama. Bagi saya kalau kita berilmu agama tapi masih belum boleh menunjukkan adab islam, baiklah berpakaian biasa (menutup aurat) sahaja tanpa perlu over atau mahu dipanggil gelaran baik seperti ustaz ustazah imam bilal. Sebab bila penampilan over kita jadi perhatian, kita bertanggungjawab untuk menunjukkan adab islam sebenar. Jika tidak kita menjadi fitnah pada agama. Bukanlah jadi sesuci malaikat, cukuplah tonjolkan ADAB asas manusia biasa.
Sebenarnya berberapa kali tertangguh tulis perkara ni, geram tapi kawal hati. Tapi tadi "my #qurantime" (episode 393) pun isukan perkara ni, jadi saya tergerak untuk tulis juga. Saya mohon maaf, yang baik ambil pengajaran.
π¨π«Ini penjelasan Ustaz bolehkah double standard dalam berdakwah. Episode 393 my #qurantime.
π¨πΌKita contohi VIP ini. ππ
No comments:
Post a Comment