SpongeBob dan Patrick ‘sebenar’ serta watak yang ditonjolkan dalam siri kartun popular itu. - Twitter/ Christopher Mah
Saintis temui ‘SpongeBob’ dan ‘Patrick’ di dasar laut
NEW YORK – Sekumpulan saintis marin di Amerika Syarikat menemui spesies span laut berwarna kuning dan seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu yang menyerupai dua watak siri kartun popular SpongeBob SquarePants, lapor akhbar New York Post semalam.
‘SpongeBob’ dan rakan baiknya, ‘Patrick Star’ ditemui di atas seketul batu di Retriever Seamount di dalam Lautan Atlantik, kira-kira 321 kilometer dari pantai New York.
Kumpulan saintis daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) menemui span Hertwigia dan tapak sulaiman spesies Chondraster itu ketika meninjau keadaan dasar laut menggunakan kapal selam kawalan jauh (ROV).
“Kebiasaannya, saya mengelak terumbu karang, namun kali ini saya menemui SpongeBob dan Patrick yang sebenar!” kata seorang saintis NOAA, Christopher Mah dalam satu ciapan di Twitter.
Tambah Mah, dia berpendapat agak lucu untuk membuat perbandingan antara penemuan tersebut dengan watak kartun popular itu berdasarkan warnanya.
“Warna yang dipaparkan dalam siri kartun itu sebenarnya lebih diperbesar-besarkan berbanding keadaan spesies sebenar.
“Sebagai seorang ahli biologi yang mempunyai kepakaran dalam hidupan laut, kebanyakan elemen yang ditonjolkan dalam watak SpongeBob dan Patrick adalah salah,” ujarnya.
Penemuan tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ramai meluahkan rasa teruja mereka melihatkan dua watak kartun kegemaran ramai itu. – Agensi
Credit to : kosmo.com.my
I remember once a viral SMS:
Don't be stupid like Patrick ✴,
Or selfish like Squidword 🐙,
Or greedy like Mr Crab 🦀,
Instead be like Spongebob who are kind and sincere to his friends ⚂.
Friendship forever. 😊
Anyway it's a happy thing to know the existing of real Spongebob and Patrick 😊
No comments:
Post a Comment