I love Palestine

I love Palestine

Monday, 22 June 2020

Repost: Toilet Room Makeover



DIY Tandas Lama Jadi Cantik Macam Baru Dengan Bajet RM220. Cepat & Mudah Je!

1.2K
SHARES
Selalu kalau kita sebut tentang hiasan dalaman mesti terfikir ruang tamu, ruang makan, bilik atau dapur.
Tapi tak lengkap rasanya kalau bilik air kita terbiar begitu saja kan?
Jadi dalam artikel ini, kami akan kongsikan idea DIY tandas menarik yang ditunjukkan oleh Ahmad Khairudin.
DIY tandas yang mudah dan semua orang boleh buat sendiri di rumah. Modal yang diperlukan pun tidaklah tinggi tapi hasilnya tetap mengagumkan!
Jom kita baca perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

CARA DIY TANDAS LAMA JADI CANTIK MACAM BARU

Ni nak kongsi idea bagi sesiapa yang tengah fikir cara cantikkan tandas lama dengan bajet yang tak membebankan.
Atau mungkin ada toilet rumah ibu ayah dekat kampung yang nak bagi cantik dan kemas sikit.
Macam kes saya, sebab ada penyewa nak masuk awal dan saya cuma ada waktu 5 hari saja untuk kemas dan cantikkan rumah. Kalau nak tukar tiles memang tak sempat dan leceh. jadi saya DIY tandas ni supaya bakal penyewa lebih selesa.
Insha Allah kita mudahkan urusan orang, urusan kita pun akan dipermudahkan nanti.
Waktu diperlukan untuk DIY tandas ni hanya 2-3 hari saja sebab sangat cepat dan senang je untuk buat sendiri di rumah masing-masing.
Di sini saya senaraikan kos yang terlibat serta bahan-bahan yang diperlukan:

BAHAN-BAHAN

  • HYCOTE: X 2TIN
  • EA4FINISH WHITE : X1 TIN
  • EA4 FINISH DARK GREY :X2 TIN
  • SIMEN PUTIH 2 KG: RM5.60
  • (BERUS CAT/ THINNER / alas cat memang dah sedia ada)
Keseluruhan bajet RM 440.60 sahaja.
Tapi ini untuk 2 tandas ya. Maksudnya 1 tandas dalam RM220 saja.

GAMBAR SEBELUM

Sebelum saya tunjukkan caranya, ini saya kongsikan gambar kedua-dua tandas asal sebelum di upgrade.

diy tandas
TANDAS 1
DIY TANDAS
TANDAS 2
Sedih kan tengok tandas ni?
Ok, jom tengok cara saya DIY tandas ni dan transform jadi lebih cantik dengan mudah, cepat dan jimat!

CARA-CARA

1. SAPU SIMEN PUTIH

Ini simen putih. Saya beli harganya RM5.60 untuk 2 kg
Tujuannya ialah untuk tutup semua lubang dan defect pada tiles sebelum mengecat.
cara cat tandas
Jadi mula-mula kita isi semua defect dengan simen putih ni. Cara nak buat tu cuma pakai glove dan guna tangan je senang. Cepat pun cepat. 45 minit dah siap untuk kedua-dua tandas.
diy cat tandas
Seeloknya bilik air kena kering sebelum cat. Tapi masa bubuh simen putih ni tak apa lagi sebab kawasan lembap akan menyerap simen yang ditabur dan jadi kering.
So, macam ni rupanya bila dah siap sapu dengan simen.
cara cat tandas

2. SAPU HYCOTE

Langkah seterusnya kita HYCOTE semua sekali.
Tujuan HYCOTE ni untuk bagi cat melekat dekat tiles dan cepat kering. Kalau tak pakai ni, cat akan senang menggelupas bila kena air.
Jangan lupa bungkus tandas dan sinki dulu kalau tak comot nanti.
jenis cat tandas hycote
Saya pakai 1 liter je. Cukup-cukup satu liter untuk satu tandas.
TIPS : Masa beli HYCOTE akan dapat hardenersekali untuk dicampur dua-dua ni sebelum mengecat. Hardener ni senang kata macam gamlah, supaya cat melekat dekat tiles. Jadi pastikan dalam 45 minit – 1 ajam kena habiskan semua cat. Kalau rasa nak pakai sikit-sikit, jangan bancuh banyak-banyak terus ya.

3. CAT GUNA EA4 FINISH

Seterusnya kita bolehlah cat pakai EA4 FINISH.
EA4 FINISH ni lah cat khas untuk TILES + HIGH PERFORMANCE. Jadi ia sesuai untuk tempat yang selalu kena air. Ada jual dalam banyak warna boleh pilih ikut suka.
cat untuk tandas
Kalau nak lagi power, guna EA9 FINISH. Tu biasa orang buat kolam takungan. Memang tak tembus langsung air.
Masa beli ni dia akan bagi hardener dia, macam gam. Kita campurkan ikut nisbah 1:1.
Sikit lagi dah nak siap ni.
cat untuk tandas

HASILNYA…

TADAA… Dah siap dah kedua-dua tandas.
cat untuk tandas
Nampak lantai tu memang berkilat kan, tapi jangan risau sebab tak licin dan sangat selesa untuk dipijak.
Lantai pun tak rasa bergetah. Masa pijak tu rasa macam pijak mozek atau tiles juga.
cara cantikkan tandas
Haa… Mudah je kan nak upgrade tandas dekat rumah?
Lepas ni bolehlah cuba DIY tandas masing-masing. Insha Allah puas hati.
Selamat ber-DIY!
*Cara DIY tandas ini dikongsikan oleh Ahmad Khairudin menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan perbincangan lanjut, rujuk posting asal beliau di SINI.


🏠 credit to Ahmad Khairudin and Nazurah Hassan 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...