I love Palestine

I love Palestine

Monday, 4 May 2020

Repost: Hukum Wuduk Tanpa Menanggalkan Solekan Muka (Wanita)



Apakah hukum ambil wuduk tanpa menanggalkan solekan?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:


Jika seorang perempuan menyolek mukanya dengan alat solek seperti bedak dan gincu dan eye shadow dan seumpamanya adakah sah dia ambil wuduk tanpa menanggalkan solekan itu terlebih dulu?

JAWAPAN:

Antara syarat sahnya wuduk ialah tidak ada suatu yang menghalang dari sampainya air basuhan wuduk kepada kulit dan sekelian bulu yang ada atas muka yang dibasuh itu.


Jika bahan solekkan itu nipis atau sedikit yang mana apabila dibasuh air wuduk ke atasnya akan hilang dan air sampai kepada kulit muka maka wuduknya adalah sah.


Ada pun jika bahan solekkan itu tebal atau berminyak sekira-kira apabila dibasuh air ke atas mukanya air itu tidak sampai kepada kulit kerana tebalnya atau berminyak maka wuduknya tidak sah.

Berkata Imam Nawawi :

إذَا كَانَ عَلَى بَعْضِ أَعْضَائِهِ شَمْعٌ أَوْ عَجِينٌ أَوْ حِنَّاءٌ وَأَشْبَاهُ ذَلِكَ فَمَنَعَ وُصُولَ الْمَاءِ إلَى شَيْءٍ مِنْ الْعُضْوِ لَمْ تَصِحَّ طَهَارَتُهُ سَوَاءٌ أَكَثُرَ ذَلِكَ أَمْ قَلَّ وَلَوْ بَقِيَ عَلَى الْيَدِ وَغَيْرِهَا أَثَرُ الْحِنَّاءِ وَلَوْنُهُ دُونَ عَيْنِهِ أَوْ أَثَرُ دُهْنٍ مَائِعٍ بِحَيْثُ يَمَسُّ الْمَاءُ بَشَرَةَ الْعُضْوِ وَيَجْرِي عَلَيْهَا لَكِنْ لَا يَثْبُتُ صَحَّتْ طَهَارَتُهُ اه

Ertinya :


Apabila ada atas sebahagian anggota wuduk minyak atau debu atau hinai dan yang seumpamanya dan menghalang ia akan sampainya air kepada suatu dari anggota wuduk itu nescaya tidak sah bersucinya samada banyak atau sedikit ia.

Dan jika tinggal atas tangan dan lainnya kesan hinai dan warnanya bukan zatnya atau kesan minyak yang cair dengan sekira-kira air bersentuh akan kulit anggota dan berjalan air atasnya dan tidak tetap ia maka sah bersucinya itu.”(Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

Kesimpulan

Jika bahan solekkan itu tebal yang menghalang sampai air pada kulit atau bulu yang ada pada mukanya seperti gincu atau eye shadow atau maskara atau celak atau seumpamanya maka wuduknya dan mandinya tidak sah.

Jika bahan solekkan itu nipis atau mudah tanggal sekira-kira apabila dibasuh mukanya ketika bersuci bahan tersebut tanggal dan air sampai pada kulit dan segala bulunya dengan rata maka wuduknya dan mandinya itu sah.


Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus




Credit to akuislam.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...