I love Palestine

I love Palestine

Friday, 23 January 2026

PHM

 Laju betul ya PHM buat kerja mengikut trending. Keluar berita terus pop keluar juga sindiran dari mereka kepada individu.  Another news then another sinister post just in seconds. 


Iyelah orang tu buat salah yang besar. Makan rasuah berjuta-juta, 7 keturunan pun tak habis makan.  Manakala subordinate nya nak beli uniform untuk tujuan kerja pun kena gunakan duit sendiri. Rakyat lain pun rasa teranaiya sebab mereka pun penyumbang cukai. 


Ya saya pun benci pemakan rasuah. Tamak haloba betul macam kita akan hidup selamanya. Bila dah jadi macam ni, belum pun ke kubur telah mendapat susah. Mendapat malu, hinaan, bankrupt dan worst of all penjara. Hilang nikmat keselesaan dan kebebasan. 😭😭😭  harap jadi pengajaran buat kita semua. 


Saya rajin juga baca banyak-banyak komen. Baca, fikirkan dan ambil pengajaran.  Cuma bila PHM ni x habis-habis sindir secara sinister, sy pula meluat. Bukan mereka tiada hak, cumanya mereka kan public helath Malaysia.  Sepatutnya tunjukkanlah contoh yang baik. Bukan mengejar trending. Orang tu pun baru dituduh, belum lagi disabit kesalahan.


Kalau institusi atau individu lain sindir tak apalah, tapi bukan PHM. PHM kan yang selalunya bercerita pasal mental health etc. Tp dalam hal ni dia pula buli siber orang.  Contoh yang tidak baik. Kalau admin PHM ada pandagan nak sindir orang, buat secara individu jangan pakai nama institusi. Sebab tak selari objektif penubuhan dengan perbuatan. Tapi sejujurnya saya pun tak maklum PHM ni. Institusi kerajaan ke atau sekadar group fb. Cuma kalau lalu di wall dia selalu cakap mengenai kesihatan mental. 


Apapuan itu pandangan saya sahaja. Jaga nama institusi, buat apa yang dikata. Dia larang buli siber, dia pula pembuli. 


Kepada tertuduh pula,  inilah yang harus dihadap dan ditanggung atas kesalahan jenayah. Malu dan hinaan. Hikmahnya mungkin melahirkan rasa taubat dan menjadi pengajaran kepada kami. Berani buat berani tanggung. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...