Baru-baru ini viral video buli pelajar asrama. Baru di tingaktan 1 sudah berani membuli secara fizikal. Sedih dan gerun apa akan jadi pada remaja ini. Bagaimana merka akan menjadi pelapis kita?
Kes buli arwah zulfarhan cukup menggemparkan sebagai pengajaran bahawa buli memusnahkan masa depan dan kebahagiaan. Tapi sedihnya belum pun lama selepas hukuman dijatuhkan banyak lagi kes viral menganai buli. Belum lagi kes terpencil yang kita tidak tahu.
Saya rasa sebenarnya hukuman kes zulfarhan agak ringan sedangkan pelaku adalah orang dewasa. Tidak terjangkau akal tersiksanya arwah dan sanggupnya rakan-rakannya membuli dengan tiada siapa membantu diantara ramai-ramai mereka. Bila hukuman ringan, no big deal la pada pembuli. Lagi sedih apabila ibu bapa zulfarhan menyatakan tiada permohonan maaf daripada keluarga pelaku. Ini adalah ujian berat buat mereka. Berat hati untuk ungkapkan tapi sabarlah saudara. Semoga ada hikmahnya semoga ada balasan baik. Amin..
Baru-baru ini juga saya terbaca buli di dalam pasukan ATM. Senior buli fizikal, mental dan siap paw gaji. Ish memalukan betul lah si pembuli ni. Dah besar masih hendak ditanggung makan minum oleh orang lain. Gunakan tulang empat kerat cari wang sendiri! Kes ni buli sebab hendak duit. Apa punya samseng la. MEMALUKAN!! Bagi saya kalau orang dewasa yang membuli. Layak lah dihukum setimpalnya. Saya tidak tahu undang-undang. Tapi hukuman sewajarnya bagi saya ialah, penjara, rotan, ganti rugi kewangan dan blacklist.
Langkah mencegah buli
🛑 Alert dengan perubahan anak-anak samada pembuli atau mangsa. Selalu bertanya khabar dan keadaan mereka.
🛑 Selalu memberi nasihat dan peringatan kepada anak-anak secara lembut. Anak-anak yang sayang ibu bapa pasti tidak alan membuat sesuatu yang mengecewakan mereka.
🛑 Kalau mereka degil dengan cara lembut, didik dengan ketegasan. Sayang anak tangan-tangankan. Tegas demi kebaikan mereka.
🛑 Bertanggungjawab atas kelakuan atau salah laku anak. Anak adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak. Baik buruk mereka tanggungjawab ibu bapa.
🛑 Sebarkan secara meluas kesedaran bahawa buli itu memusnahkan masa depan. Terapkan etika baik, moral dan keagamaan kepada anak-anak.
🛑 Kuat kuasakan undang-undang yang tegas. Undang-undang yang membuatkan orang berfikir panjang hendak membuli. Membuli bukan sahaja memberi kesan fikizal/mental jangka panjang buat mangsa ada juga kes kematian dan cacat kekal.
🛑 Jangan normalisasikan buli. Askar-askar, badan beruniform tidak payah la buli dalam latihan. Terapkan patriotisme, hormat menghormati, semangat sepasukan, latihan fizikal dan cabaran fizikal dan metal yang membina. Berapa banyak dah kes buli yang menyebabkan anggota kehilangan nyawa, berhenti kerja, sakit mental, amuk dan paling sedih membunuh diri. Bagi saya buli dalam pasukan beruniform seharusnya hukuman paling berat. Sebab mereka yg sepatutnya melindungi negara dan mereka celik undang-undang.
Ini pandangan saya sebagai rakyat biasa yang tidak celik undang-undang tapi benci dengan sikap pembuli. Pada adik-adik atau sesiapa yang membuli, sedarlah tiada kebaikan membuli. Jangan sampai ada yang kehilangan nyawa atau cacat fizikal atas kesilapan kita. Ingat keluarga. Selagi kita bernyawa masih ada pintu taubat. Berubahlah!