I love Palestine

I love Palestine

Tuesday, 22 December 2020

Rujukan Nisbah Simen

The best reference and thank you for sharing. Credit to respective writer. Semoga mendapat pahala kerana ilmu yang bermanfaat buat kami. 😊

🔨Decoratex

🔨Jamal the Solo Builder

🔨Teknologi Pembinaan

🔨daq8727.blogspot.com



Wednesday, 16 December 2020

Tolong Patuhi SOP Demi Kebaikan Bersama

 

-Video ni bertebaran di whatsapp group dan bukan pertama kali. 

-Berilah contoh teladan yang lebih baik, yang risaukan kesejahteraan masyarakat semua dan tidak menimbulkan fitnah kepada agama.

-Berfikir banyak2 kali kalau ucapan kita boleh timbulkan fitnah dan pandangan buruk kepada agama. 

- Islam itu indah, lengkap dan releaven pada apa2 zaman. Kita umat nabi Muhammad SAW yang tidak tinggal pada zaman nabi. 

- Dalam kes ni, lebih elok klu x puas hati, usulkan kepada pemerintah secara formal. Bukan tanya kepada masyarakat di media sosial atau ceramah2. Takut timbulkan huru hara dengan pelbagai pandangan. Tambahan pula yang mengajukan isu ini adalah orang2 berpengaruh, terkenal dan dihormati.  

-Setiap keputusan pastinya pemerintah buat selepas kajian yang mendalam. Dan pihak pemerintah (JAKIM) bukan sahaja bekerja untuk rakyat tetapi amanah daripada Allah untuk menjaga Islam. Amanah yang sangat berat dan pastinya mereka takut kemurkaan Allah. 

-Pihak pemerintah terdiri daripada pelbagai pakar di dalam bidang masing2. Ulama, saintis, doktor, engineer, pertahanan dan pakar ekonomi. Jadi pastinya keputusan tu yang terbaik. Kalau ada apa2 barisan hadapan (doktor, nurse, polis dan askar) yang kena hadap. Jadi pendapat mereka paling utama. 

-Taat pemerintah selagi mana ia untuk kebaikan bersama dan tidak melanggar hukum syarak. 

-Arahan strict pun orang x ikut inikan pula mansuhkan arahan. Dan semua orang perlu alami benda yang sama untuk melawan Covid. Tidak dibezakan agama, bangsa dan negara, penjarakkan sosial dan menjaga hygine langkah paling efektif melawan covid. Yang di pasar raya tidak menajaga jarak tu sebab mereka lalai secara individu. 

-Penjarakkan sosial di masjid dan membawa sejadah sendiri ke masjid masih perlu diamalkan bagi mencegah Covid-19. Kita perlu disiplinkan diri sehingga vaksin ditemui dan Covid tidak lagi mengancam nyawa dan ekonomi. Kita berusaha dan minta pertolongan Allah SWT.

-Tolong patuhi SOP untuk mencegah bencana yang lebih buruk. Patuhi dengan disiplin dan tidak pentingkan diri. Dengan mematuhi SOP kita membantu melindungi keluarga dan masyarakat. Cukup2lah MCO yang menggangu aktiviti harian dan ekonomi kita. 

-Ini hanya pendapat saya secara individu dan tidak merujuk mana2 atau berkaitan apa2. Yang buruk adalah dari saya sendiri. Apapun sesiapa boleh beri pendapat masing2. 

-Allah maha mengetahui dan semoga Allah mengampunkan khilaf dan dosa2 kita. Amin.. 


Thursday, 26 November 2020

How to give a cat a pill



This is the best video I found. Credit to Helpful Voncouver Vet and Cornell University




I smear some butter on the pill, put into Tora's mouth, close her mouth, softly pat her few times and then it goes well down. Alhamdulillah horray!!!!😃 This is my first time giving medcine not using syringe. It's not that hard but only after four attempts. 😹 honestly this approach is better as usually when using syringe, cat tend to spit out the medcine and then all go waste. Instead this method when cat spit out the pill we still be able to take it back and go for another attempt until success. Thank you for the knowledge. Alhamdulillah 😊



Saturday, 21 November 2020

Fixing Noisy Washing Machine



I'm having this problem recently, thus I'm googling to figure it out. If possible to learn and fix it myself. InshaAllah.  


This are some good refernce to learn. It's not easy but interesting. Most probably I will buy a new unit but I will surely want to explore this.  Hihi. 


Credit to video owner. Thank you for sharing the knowledge.😊

🛠Removeandreplace.com

 🛠thinktankhome.com













Saturday, 24 October 2020

The Sparkling Motorist



I was driving at night when a motorist pass by my car. He was wearing reflective jacket with an electric sprakling helmet. A rare sight to be seen and a good one. I like the way he protect himself. "I am sprakling brightly on the dark road and my safety is my priority please kindly be aware of me and may we all safe".  That's my interpretation when I see him. 

Some peoples not afraid to die, it just they concerned for the peoples they love. How will they be without him? They will be sad, how they face the upcoming days, can they endure it?. 

Don't take safety for granted, if there were accident other than dying, permanent diabilities is no better. How it will effect our family, mentally,  financially and the whole life. So pelase be safe, follow all rules, think of yourself, the safety of all road user, all possible don't cause accident. We, them, all of us have family that we care. Just do our best to take care of ourself but tawakkal to Allah's fate. He is the all knowing. 

To the sparkiling motorist, I  pray for your safety, may you well and thak you for alerting us. Hopes many will follow your way of riding on the road. 

Sunday, 4 October 2020

Cheekbone

 


I was playing with Iman, tickling her and fooling around and we have a big laugh. Then her head bump onto my face and it was hurts. Hehe. I'm worried about her but she was all happy and not at hurt at all. She continue with all the laugh. I was hurt and I stop the fooling around afraid that it will bring more harm. Todays as week passed I still feel the bump. It's not hurt but it still there. So be careful when fooling around and avoid accident 😁


Ive been busy lately and I miss writing. There are many stories I want to write so I won't forget the memory. 

Sunday, 13 September 2020

Repost: Fixing Tiles

 

Projek No 1: Tandas - Pasang Tiles Dan Tukar Accessories

Keputusan sudah dibuat !! Bilik mandi no 1 akan diberi wajah baru. Design belum datang lagi tapi yang PASTI tiles dan accessories akan ditukar.... dan yang was-was, DIY.

First thing first....  Google, Youtube, tauke tauke hardware dan pembantu kedai jadi tempat rujukan. Terima kasih kepada penulis penulis blog bahasa melayu yang banyak membantu. Blog bahasa melayu berkenaan projek DIY sangatlah kurang. Dengan sebab inilah blog ini ditulis semoga perkongsian ini dapat membantu sebagai rujukan kepada yg lain.


Tanpa buang masa, mari kita mulakan.....



Buang Tiles Lama


1. Impact Drill. Ini pakai sebab nak buat tiles lama. Pinjam kawan tapi kalau beli dalam 4-500 jugak. Cari yg 3-mode - rotate only, hammer only and combine rotate/hammer. Power > 700W baru sedap buat kerja 

Barang ni sangat berguna untuk bancuh simen, hack dinding atau nak pasang accessories

Tak payah pakai yg manual ketuk pakai tukul. Nasib kena mortar (simen gam ) tebal, nak dapat 1 sqm sehari pun sakit...unless nak buang 2-3 keping je la 




2. Drill Bit. Rujuk gambar bawah - pakai jenis bull point untuk buang tiles yg degil & scalling chisel utk buang bekas bekas simen (mortar) supaya lantai rata. Dua perkakas ni cukup untuk buang tiles lama. Macam mana nak pakai tgk Youtube lah



Bab Bancuh Simen (Mortar)



1. Concrete Mixer (RM40-70 depend on kedai). Masa nak beli kena ckp jenis/brand drill nak pakai.. Makita, Borsch etc. Ini memang kena ada, kalau tak penat bancuh simen




2. Baldi minimum 3 biji satu utk bancuhan simen, air utk mencuci, air utk rendam concrete mixer. Mixer ni kalu tak rendam dlm air mortar akan mengeras dkt mixer tu. Satu kerja pulak nak buang. Baldi utk bancuhan simen yg kecik kaler kuning cukup... yg dua lagi baldi besar lah




3. Simen Gam (Concrete Tiles Adhesive), Susu (Latex), simen biasa (Portland Cement).

Saya suggest pakai Duracem (RM18-25/25kg), Latex suggest pakai Pentens 108, Portland Cement apa apa brand pun boleh harga dalam RM14/kg.

Latex ni pakai utk dinding je. Utk lantai tak payah. Fungsi dia nak melekat kuat.











Ratio yg saya pakai 2 Simen gam + 1 Portland Cement. Boleh pakai 100% simen gam tapi lambat kering. Kalau portland simen byk, cepat sgt kering. Ada yg pakai 1:1.

Untuk susu/latex ada tertulis dkt botol tapi saya pakai 1 latex/1 air.  


Bab Cara Bancuh Simen (Mortar)


Mcm mana nak bancuh simen ni ada dlm Youtube. 


Secara ringkasnya, 

1. Sediakan satu baldi kecil, 
2. Masuk air sikit (dlm 1/2 inch tinggi), campur Latex 1/2 inch lagi (ratio 1:1 lebih kurang), 
3. Masuk simen gam (tiles adhesive) + portland cement (2:1 ratio). 
4. Pakai mixer dan gaul sampai pekat dia mcm ubat gigi. Tambah simen(gam+portland) atau air/latex secukup rasa.


Bila dah dpt kepekatan ubat gigi, biarkan 10 min utk chemical yg dibancuh effektif. Selepas 10 minit bancuhan simen dah siap utk dipakai. 


PeringatanBancuhan ini elok utk 2 jam sahaja. Jadi jgn bancuh byk sgt. Untuk permulaan bancuh cukup utk pasang 2-3 tiles dan bila  dah terrer...sukahatilah


Berapa byk bancuhan utk sekaki persegi ? 


Ini depend on surface yg nak ditiles tu rata atau tidak. Kalau surface tak rata mcm gamabr bwh, berbukit bukit byk lah bancuhan yg dipakai. 

Mcm kes saya, memang tak rata sebab lepas buang tiles lama, bekas hack tu ada. 
Anda boleh cuba self levelling compound utk ratakan lantai tapi untuk dinding, kena plasterlah. 

Dalam kes saya, 10kg simen gam + 5 kg portland (Total 15kg bancuhan) boleh cover dlm 30 - 40 sq.ft. Latex 1 botol cukup utk 25kg (1 bag simen gam)






Bab Menampal/Pasang Tiles

Ini bab paling mencabar .....

1. Alat - 



  • Margin trowel (dlm gambar bwh jenis square, cari yg jenis 3 segi tu senang nak pakai), 
  • Rubber Mallet (utk ketuk tiles masa pasang) 
  • Sponge (utk cuci tiles - beli dkt kedai hardware ada jual yg besal dan murah)
  • Tiles trowel (yg bergigi). Beli yg besi senang cuci. Jgn beli yg plastik
  • Water Level/square edge (kaler merah dlm gambar bwh. ada air kat tgh) ..ini penting ni kalau tak senget benget nanti
  • Pencil, chalk line, tali, berus, measuring tape, pembaris etc..apa apa yg anda rasa membantu la. ...dan rokok surya
  • Tiles spacer... mcm mcm saiz ada jual
  • Tapping Block, pull bar tu tak payah




   




2. Cara nak menampal...biar video berbicara. 


a. Pasang Tiles Lantai Rata

b. Tommy's Trade Secret - Wall Tiling

Tak cukup paham boleh cari lagi dlm Youtube atau blogs tapi kebanyakan dinding/lantai rata. Kalau lantai/dinding tak rata, mortar kena banyak jadi trowel bergigi mungkin tak berguna. 


Tips: Ini tak ditunjuk dlm video. 

a. Pasang/Set first tile sebaik mungkin sebab tiles seterusnya akan ikut first tiles. Pastikan dia level (guna water level/straight edge) sepertimana yg anda mahu - condong utk pastikan air turun atau mendatar sepenuhnya. 

Youtube Tommy Trade Secret adalah rujukan terbaik utk tiling plan. 


b. Jangan kedekut dgn mortar. Pastikan mortar mencukupi.  Jika mortar cukup, tile kedua dan seterusnya akan tinggi sedikit dari first tile. Untuk levelkan tiles ini, guna rubber mallet (tukul getah) supaya sama level dgn tiles sebelumnya. Anda akan dapati, mortar akan terkeluar semasa proses mengetuk. Jgn buang simen yg terkeluar ni, recylcle balik.


Kalau tiles yg dipasang rendah dari tiles sebelumnya, bukak dan tambah simen. 


Ini memastikan keseluruhan (atau 80-90%) permukaan belakang tiles melekat dgn dinding. Untuk kes lantai, almost keseluruhan (takut ada rongga nanti pecah).



Setelah anda berpuashati, bolehlah letak spacer dan final adjustment supaya tepi tiles tu sama mcm pembaris.

c. Sekali sekala kacau mortar dalam baldi supaya dia tak mengeras. Tak payah pakai mixer, pakai tangan je. Kalau mortar tu dah mcm mengering, kena pakai mixer lah...masa ni jangan tambah air lagi


d. Elakkan menampal tiles berukuran kurang 1.5 inch...susah mau lekat. Jadi pandai pandai la plan supaya yg hujung tu lebih 1.5 inch. Kalau terpaksa, campur mortar dgn latex je, jgn campur air.


e. Kalau dinding yg dicat, kena kasi berlobang dulu, mcm  kena tembak. Kalau tidak, tilesnya melekat pada cat nanti tercabut. Melainkan anda larat nak buang cat dulu






f. Tiles moden kebanyakannya kalis air. Nak tahu tiles tu kalis air atau tidak, letak sedikit air di belakang tiles dan biarkan selama 20-30 min. kalau air tu meresap dan berkurang, maknanya tak kalis air (porous). Porous tiles handling dia special sikit. 


  • Sebelum pasang kena rendam dulu dalam 30 min mcm yg kita tgk tahun 80-90an. Ini nak basahkan tiles supaya masa pasang dia tak sedut air dari mortar. Akibatnya mortar kering tak sekata...lama lama tiles mengelembung dan pecah.
  • Sebelum letak grout permukaan tiles kena letak sealer. Kalau tidak grout akan masuk dlm tiles dan tiles jadi rosak nampak putih/haze



Peringatan: Pastikan tiada ruang kosong di belakang tiles dgn mengetuk menggunakan jari mcm ketuk pintu rumah. Kalau ada ruang kosong, bukak dan buat balik lah sebelum tiles tu jatuh dgn sendiri dan masalah lain yg datang.



Bab Memotong

Ini satu lagi bala....


Untuk memotong lurus, boleh pakai tile cutter. Harga RM170.

Untuk yg lain lain kenalah pakai angle grinder. Harga grinder ni dlm RM100. Mata kena pakai diamond coated khas utk tiles. .. dry type. Harga mata dlm RM26.
Grinder byk debu jadi pakai lah safety glass, glove dan respirator protector. Ukur dan mark pakai marker pen. Jgn risau boleh padam punya.




Grouting

Selepas semua tiles dipasang dan keras, bolehlah pasang grout. Dalam youtube ada tunjuk mcm mana nak letak grout ni. 

Fungsi grout nak tutup gap antara 2 tiles. Lebar gap ni bergantung jenis dan saiz tiles. Biasanya dlm 2mm utk dinding atau tiles yg tepinya rata. Lantai biasanya dalam 3mm (tiles lantai tepi dia kasar, tak mcm tiles dinding). Untuk kecik mcm 8 inch, guna spacer 1mm.

Contoh grout mcm gambar bawah. Ada dijual bermacam kaler sesuai dgn tiles yg dipasang atau style yg anda nak buat. Untuk lantai saya suggest pakai kaler gelap supaya tak nampak kotor.

Grout bancuh dengan air jernih dan bersih, tak payah campur bahan lain dah. Jangan campur byk sebab mmg tak byk pakai. Setelah disapu, ada dalam 10-15 min untuk dibersihkan. Cepat mengeras benda ni. 

Pastikan grout line straight baru nampak cantik. 

Semasa proses membersih, grout akan tertinggal pada permukaan tiles menjadikan tiles nampak putih, berkabus. Guna air bersih dah sapu sekali lagi...sikit sikit tertinggal boleh diuruskan kemudian.





Grout Sealer (Optional)

Grout sealer ni cecair yg bila mengeras membentuk satu lapisan mcm cermin. Saya cadangkan letak benda ni supaya nak cuci nanti senang. Selepas 1-2 tahun anda perasan celah celah tiles jadi hitam sebab kotoran. Susah mau cuci ni. Kalu sealer ni pasang awal awal, senang kerja mcm sapu kotoran dkt cermin je.




Letak sealer hanya pada grout line sahaja, tak payah pada keseluruhan tiles. Sebelum tu pastikan grout bersih dan kering. Sealer ni pun lama lama dia menipis, jadi kena selalu letak mungkin 6 bulan sekali.

Sealer ni ada yg jenis spray, jenis sapu... mana mana pun boleh.


Bab Membeli (dan Membayar)

1. Utk tiles saya suggest Sheng Bee Jln Ipoh, depan sikit dgn Dynasty Hotel - murah dan elok. Choice kedua boleh tgk Super Ceramic...branch merata ni.


Tiles bathroom beli di Sheng Bee


  • Dinding W/Horse RM6.5/pcs, 30x60cm (1 x 2 kaki)
  • Lantai Guocera RM7/pcs, 30x60cm
  • Decorative mosaic utk border RM40/pcs, 30x30cm

Ingat tiles standard dia cm bukan kaki. Jadi masa mengukur dan marking tu jgn pakai kaki/inchi...nanti lari

2. Lain lain perkakas, boleh beli dkt kedai hardware biasa atau Super Ceramics. Grout pakai sikit je, kurang dari 1 kg/10sqft jadi elok beli dalam paket kecil. Super Ceramic ada jual dalam paket kecil brand Davco...ini brand saya rekomen.


Mcm mana nak grout tiles, rujuk Tommy's Trade Secret youtube

Saya rasa cukuplah menaip.... sekarang bab akhir, kita tgk gambar









Bathroom keadaan asal




Buang tiles dinding dan lantai




Dinding dan lantai re-plaster utk ratakan balik


First few tiles installed. Masa ni huru hara sebab tak pandai lagi. Pasang 3 keping, 2 tertanggal tak cukup gam gara gara ikut youtube lantai rata.



Dinding yg dicat dilobangkan supaya tiles melekat.




Dinding dah naik sampai siap satu side. Masa ni konfiden dah tinggi.
Gap tu utk pasang border glass tiles/mosaic. Mosaic ni satu lagi bala


Dinding yg satu lagi. Masa ni kerja dah laju sampai nak ambik gambar pun tak sempat




Memasang mosaic border. 
Untuk pasang mosaic, mortar kena pakai kaler putih. Jadi kena beli simen gam lain lah. Mortar dia tak boleh tebal nanti sagging, berkerepot. Jadi dinding belakang nak kena rata dan masa pasang tekan satu satu sampai rapat ke dinding. Bancuh mortar sama mcm yg sebelumnya.






Kerja lantai dan selepas 4 hari siap termasuk satu hari beli tiles top up... tak cukup 3 pcs. Tiling lantai lagi susah dari dinding sebetulnya.
Accesories pun dah pasang








Bathroom yg hampir siap. Sinki je belum pasang. Cabinet ditebuk lubang utk pasang downlight.


Nak jadi cerita drain pipe tak center dgn sinki. Nak kena modify ni


Nasib baik kedai DIY ada jual flexible pipe jadi tak payah nak pasang elbow. Tapi kena modify sikit sebab lubang tak fit, bocor.


Akhirnya siaplah bilik mandi dgn tiles dan accesories baru. Sinki pun dan tak bocor

Tips: kepala paip baik pasang sebelum letak sinki kalau tak susah nak ketatkan. Lain lain boleh pasang selepas.


Credit to impiana DIY
Thank you writer for the sharing knowledge. Seomoga menjadi saham pahala. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...